Facebook (FB) kini telah menjadi kegilaan manusia diseluruh dunia. Laman sosial ciptaan orang yahudi ini jelas telah berjaya menyelinap masuk ke dalam jiwa setiap insan di muka bumi ini termasuk di Malaysia. Namun tahukah semua, pabila melihat dengan terperinci apa yang berlaku di FB ini, terutama melibatkan wanita Melayu Islam di Malaysia, ada banyak pihak yang telah berfikir dan melihat betapa berjayanya FB melemahkan pemikiran wanita Islam dan masyarakat. Berikut adalah dakyah songsang yang diterima dengan cara pemikiran moden oleh wanita Islam Malaysia.
1. FB kononnya positif menunjukkan bagaimana keadaan diri kita - Sesatnya ramai wanita berbangga meletakkan gambarnya bersama suami/kekasih tersayang dalam keadaan 'romantik' dan 'mesra' kononnya menunjukkan kebahagian mereka. Tidak wujud lagi unsur keterbatasan dalam pendedahan ini dalam jiwa wanita Islam.. Secara ringkas..fikirkan betapa Islam sering bercakap tentang adab dalam setiap perkara dengan terperinci hingga ada dinyatakan, ketika mandi bersendirian pun, kita digalakan tidak berbogel. Begitu sekali nilainya kita beradab pada diri kita sendiri.Tapi wanita hari ini mahu mempamerkan perihal kemesraaan dengan pasangan melalui gambar kepada semua orang yang dikenalinya. Ini jelas bertentangan dengan ajaran Islam.
2. FB menjana duit kerana boleh berniaga online - Sesatnya ramai wanita secara automatik menjadi model sambilan untuk produk mereka sendiri. Maka munculah gambar pelbagai aksi yang dipamerkan pada semua manusia di muka bumi..menunjukan bentuk badan dan muka dengan aksi kononnya mahu menjual. Akhirnya mereka menjadi golongan yang gelap hatinya kerana hakikatnya mereka tahu orang tertarik melihat rupa mereka sambil melihat barang jualan. Dosa yang ditanggung dalam perkara ini amatlah berat kerana gambar gambar yang dipaparkan ditonton setiap hari tanpa batasan dengan pelbagai intepretasi dari setiap individu. Akhirnya poket mereka penuh dengan wang, tapi jiwa dipenuhi dosa tanpa disedari kerana keterbukaan melampau itu. Akhirnya jadilah ianya punca rezeki yang kotor untuk jiwa mereka.
3. FB adalah luahan hati sebenar - Sesatnya muncullah perkataan perkataan tidak sopan dari wanita didalam FB. Kononnya itulah ekpresi dirinya, namun hakikatnya, inilah tempat latihan untuk dia menjadi seorang yang tiada adab sopan lagi sebagai wanita Islam
Tiada maksud disini untuk memperkatakan keburukan sesiapa didalam catatan ini. Cuma ingin mengingatkan kita kaum wanita agar manjaga adab dan maruah diri kita. Jauhilah dari mempaparkan gambar kita yang berpakai namun hakikatnya seksi pada intrepretasi sebahagian masyarakat kerana ianya akan terus menerus merosakkan jiwa kita secara perlahan.
Peringatan ringkas Suri ini adalah untuk semua termasuk diri Suri kerana keadaan telah berubah..dan hasilnya memang jelas sudah kelihatan betapa FB berjaya merosakkan jati diri kita sebagai wanita Islam. Malah Suri dengan jelas melihat mereka yang bertudung memaparkan gambar tidak bertudung didalam FB..apakah niat mereka? ada yang bertudung..gambar berbaju ketat hingga buah dada jelas kelihatan membulat dengan senyuman manis dan sebagainya. Sesungguhnya..jauhi lah semua ini agar kita sama sama diredhai Allah SWT dan tidak dilaknati di muka bumi ini hingga ditimpa masalah setiap hari.
Wallahualam..

1 comment:
Uhhhh..byknya posting hari ni tetiba hehehe..apapun satu nasihat yg baik dlm posting nih
Post a Comment