02 July 2010

Kisah Seorang Lelaki Gay

Di suatu kawasan pedalaman di Texas , seorang penternak yang mempunyai ladang ternak yang luas dan berjaya telah meninggal dunia dengan meninggalkan seorang balu yang masih muda dan cantik, namanya Janet.


Janet membuat keputusan untuk meneruskan kerjaya suaminya dengan mengambil alih ladang ternakan tersebut, tetapi dia tidak mempunyai kemahiran yang cukup untuk mengendalikan ladangnya. Jadi dia pun membuat keputusan untuk mengiklankan di dalam akhbar untuk mencari seorang pembantu yang akan mengerjakan ladang ternaknya dengan menawarkan gaji dan sebuah bilik di rumahnya sebagai tempat kediaman memandangkan ladang yang dimaksudkan hanya berada di belakang rumahnya.


Selang beberapa hari kemudian ada dua orang pemuda yang memohon pekerjaan tersebut. Seorang gay, dan seorang kaki mabuk. Memandangkan tiada sesiapa lagi yang memohon jawatan tersebut selain dari dua orang pemuda tadi, Janet terpaksa memilih salah seorang dari mereka. Setelah menimbangkan semasak-masaknya, Janet memilih si gay, bernama John untuk bekerja dengannya, dengan anggapan bahawa dia berasa lebih selamat bersama seorang gay daripada tinggal dengan seorang pemabuk.


Minggu demi minggu berlalu. John telah melakukan tugasnya dengan penuh tekun dan rajin. John kerap kali menghabiskan waktunya sehingga malam untuk membuat kerja-kerja di ladang ternakan. Ladangnya menjadi semakin berjaya dan ternakan semakin banyak membiak dan sihat-sihat belaka.


Gembiralah si Janet ni tadi... kerana ingin menghargai kerajinan si John ni, Janet pun berkata kepada John, "John, kau telah melakukan kerja dengan baik dan ladang ternakan pun kulihat semakin bagus, kau sepatutnya ambil cuti pergi ke pekan berjalan-jalan untuk melegakan tekanan kerja." Gembiralah John, dan pada suatu malam minggu, dia pun pergi ke pekan.


Sampailah ke tengah malam, John tak pulang-pulang ke rumah. Pukul 1 tak pulang, pukul 2 tak pulang. Pukul 2.30 pagi barulah John pulang kerumah.Sampai ke rumah, didapati Janet sedang menunggunya sambil duduk di sofa berhampiran unggun api.


"Buka butang bajuku dan tanggalkannya. " Kata Janet.John dengan tangan yang terketar-ketar dan perasaan yang terkejut, melakukan apa yang diarahkan.


"Sekarang, buka kasut but ku."

John buat, perlahan sekali.

"Buka, setokin ku.."


Dia buat juga.


"Sekarang, buka skirt ku."


Dia buat juga.


"Sekarang buka baju dalamku ."


Dengan tangan yang menggigil, dia buat apa yang disuruh.


"Sekarang... .buka seluar dalamku..."


Dengan perlahan, dia melucutkannya ke bawah dan menanggalkannya.


Kemudian, Janet pun memandang John, sambil berkata...


"Sekali lagi kau pergi pekan dengan memakai pakaian aku, aku pecat kau on the spot.



9 Jenis Anak Syaitan

KAMI BERLINDUNG DARIPADA SYAITAN YANG DIREJAMMMM....

9 jenis anak setan..

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :

1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat.Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barangyang tidak perlu.

2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.

3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dantidak mahu mendengar nasihat para ulama.

4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada ditempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman
keras).

5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour.

6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.

7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk kerumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri
hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).

8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.

9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk yg mula menghantui kita

10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Lembah Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.

Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pula.Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan. cyclops


11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,masih menyonggol depan tv.....

12. Internetsetan
Asyik berhdapan dengan Internet sehingga lupa pada kerja lain termasuk solat. Melayan FB ke awal pagi dan berchatting dgn mereka yg tidak dikenali hingga ke pagi kerana seronok sehingga ke pejabat pun letih dan solat subuh terabai

Wallahhualam


01 July 2010

Salahkah Perempuan Tidak Pandai Memasak?

Kalau perempuan tidak boleh memasak, dikutuk dan disuruh belajar. Kalau lelaki tak boleh jadi imam kita kata tidak mengapa. Jangan diperbesarkan nanti mereka terasa hati.

"Apalah perempuan, tak pandai masak siapa nak kahwin dengan awak!"

Begitulah kata rakan sejawat lelaki pada seorang anak dara, juga rakan sejawat kami. Maka jawaplah si gadis ayu itu yang dia tidak sempat belajar memasak sebab dari kecil tidak digalakkan keluarga sebaliknya di suruh menumpukan perhatian pada pelajaran saja. Setelah tinggal di asrama, peluang pulang ke rumah terhad dan tidak sempat turun ke dapur membantu ibunya.

''Habis sekarang kenapa tidak belajar?" Tanya sang lelaki lagi dengan penuh semangat.

''Sedang belajarlah ni tetapi selain sibuk dengan kerjaya saya juga sibuk belajar agama, jadi belajar memasak tetap tidak diutamakan!" Begitu jawab si gadis yang membuatkan lelaki tadi menggeleng-geleng kepala. Baginya tidak sempurna seorang wanita jika tidak tahu memasak. Wanita sepatutnya buat begitu juga.

Syarat utama menjadi suami mesti boleh menjadi imam. Walau ada yang kata, jika itu syaratnya bermakna makin ramai wanita yang hidup bujang seumur hidup.

Lelaki meletakkan kebolehan wanita di dapur sebagai perkara utama dan ungkapan hendak memikat suami, perlu pikat seleranya sering diguna pakai.

Tidak kiralah jika wanita itu berpelajaran atau berjawatan tinggi dan penyumbang utama kewangan dalam rumahtangganya. Sekarang bukan asing lagi gaji isteri lebih tinggi daripada suami. Namun kedudukan suami sebagai raja tidak pernah dilupa walau dia tidak mengambil inisiatif mempelajari ilmu menjadi imam. Ilmu bermain video game di komputer mereka rasa lebih perlu.

Kalau tidak tahu memasak disuruh belajar dan sesudah belajar perlu handal. Jika handal bukan setakat masak untuk keluarga sendiri, kalau boleh perlu boleh memasak untuk tiga pasukan bola.

Begitulah standard yang telah ditetapkan. Bolehkah kita meletakkan undang-undang itu kepada lelaki juga. Kalau tidak pandai jadi imam, belajarlah. Mula-mula jadi imam kepada keluarga sendiri, sudah handal boleh mengimam satu taman perumahan juga.

"Sibuk suruh perempuan handal memasak, mereka tu bolehkah jadi imam?" Dengus teman wanita yang lain.

Betul juga. Berapa kerat lelaki yang menjadikan sembahyang jemaah di rumah bersama anak isteri sebagai agenda utama, selain keperluan memenuhi pelbagai seleranya? Maka bertanyalah wanita kini kepada beberapa lelaki tentang kebolehan yang satu ini.

Ternyata ramai yang menjawab tidak yakin menjadi imam sebab takut bacaan al-Fatihah tidak sempurna, salah tajwid atau pun dia merasakan isterinya lebih handal. Ada yang kata lebih elok dia dan isteri sembahyang sendiri-sendiri. Ada juga menjawab, rasa kelakar pula apabila dirinya yang ganas menjadi imam.

Isu ini sepatutnya kita beratkan sepertimana masyarakat memberatkan wanita perlu pandai memasak jika mahu bersuami. Lelaki juga harus boleh menjadi imam supaya kewibawaan mereka sebagai ketua keluarga tidak goyah atau menjadi mangsa 'queen control'. Kalau tidak pandai, belajarlah sekarang.

Jika wanita sibuk disuruh belajar, apa salahnya lelaki pun sama??! Apa agaknya pendapat rakan rakan di luar sana

Runtuhkah Ego Lelaki

‘LELAKI sejati tidak boleh menangis!’ Kata-kata itulah yang bergema dalam diri kebanyakan lelaki sehingga mereka tidak selesa untuk mengeluarkan air mata di hadapan orang. Biar sepedih mana penderitaan, mereka lebih rela menangis di dalam hati.

Sejak kecil, lelaki dilarang untuk menangis. ‘Kamu lelaki, mana boleh menangis’. Kata-kata itu sering diucapkan orang tua ketika anak lelaki jatuh dari buaian di padang permainan atau diserang demam yang teruk. Yang pasti, kata-kata itu memberi kesan psikologi mendalam sehingga terbawa-bawa di minda lelaki yang dewasa.

Natijahnya, lelaki adalah golongan yang bijak merahsiakan perasaan.


Menangis adalah pantang. Mereka bimbang jika mereka menangis, mereka akan dianggap tidak macho, lembik atau pondan. Lagi pula, kalau menangis di hadapan perempuan, sungguh memalukan!

Berasaskan kebimbangan itu, timbul persoalan iaitu benarkah lelaki sejati langsung tidak boleh menangis? Barangkali, inilah persoalan yang bermain di fikiran mereka tatkala mereka berusaha menahan air mata daripada tumpah atau lebih tepat mempertahankan ego mereka.

Jawapannya, tiada salahnya seorang lelaki sejati menangis. Mengapa? Ini kerana mengekspresikan emosi itu sendiri punya kebaikannya. Apabila anda meluahkan emosi dengan menangis, ia dapat melegakan ketegangan dalaman atau meredakan sebahagian sistem saraf dan mengembalikannya kepada keadaan normal.

Jangan anda fikir kebanyakan wanita akan menganggap anda kurang macho jika anda menangis. Hasil kajian memperlihatkan banyak juga reaksi positif oleh perempuan terhadap lelaki yang menangis.Tambahan pula, menangis membuatkan emosi anda lebih jelas. Luahan emosi yang tidak jelas boleh menjejaskan hubungan kerana bukan sahaja anda tidak pasti apakah perasaan anda bahkan orang lain juga menjadi keliru. Akibatnya, orang lain (terutamanya wanita) akan menganggap kurangnya emosi yang dipertontonkan sebagai tidak berperasaan.

Seorang rakan sekerja perempuan penulis secara spontan dengan menyifatkan lelaki yang menangis menampilkan kejujuran dan keberanian kerana sanggup melepaskan ego demi apa yang mereka rasai. Ia jauh daripada imej stereotaip lelaki yang digambarkan ‘keras’.

Kenapa tangisan lelaki dikatakan jujur? Ini kerana, lelaki sejati hanya menangis dalam situasi yang benar-benar menyentuh hati mereka.

Kajian sebuah majalah terkemuka pada tahun lalu menunjukkan wanita biasanya menangis kerana tidak dapat mengawal perasaan marah, takut dan kecewa berbanding lelaki. Di sebalik ‘kegagahan’ lelaki, kaum Adam ini dikatakan lebih mudah menangis apabila berasa terlalu bahagia atau terlalu pilu.

Terdapat kisah seorang isteri dalam sebuah forum berbahasa Inggeris.

“Suami saya telah menjadi tentera laut selama lapan tahun dan saya tidak pernah mempersoalkan kegagahannya untuk mempertahankan negara. Tetapi, dia boleh menjadi begitu sensitif dan mudah menangis pada perkara yang amat memilukan dan membahagiakan.

“Dia menangis pada hari perkahwinan kami, ketika anak perempuan saya dilahirkan dan apabila anak-anak saya mengucapkan perkataan buat kali pertama. Saya menyifatkannya satu anugerah mengagumkan apabila dia mempunyai emosi yang mudah tersentuh, namun masih gagah dan macho.”

Kesimpulannya, tiada salahnya untuk lelaki menangis. Tetapi biarlah tangisan itu kena pada tempat dan masanya serta yang penting, tidak keterlaluan.

Bagaimanapun, satu kajian terbaru menunjukkan bahawa air mata lelaki kini lebih diterima berbanding perempuan. Kajian ke atas 284 orang itu mendapati, tangisan lelaki lebih dilihat positif kerana mencerminkan kejujuran sedangkan tangisan perempuan pula dilihat sebagai hilang kawalan.

Menurut kajian, televisyen juga memainkan peranan dalam hal ini. Program hiburan seperti realiti TV dan drama juga semakin banyak memperlihatkan lelaki menangis.

Apapun jangan lah sekali-kali menagis pada tempat yang tidak kene ye..

Share |
Related Posts with Thumbnails