17 June 2010

Diari Suri bermula

Setiap hari kita sebagai manusia menempuh kehidupan yang mencabar. Pelbagai dugaan terpaksa ditempuhi. Sesetengah dugaan membawa seribu pengalaman pahit manakala sesetengah dugaan lagi membawa kegembiraan kepada diri kita di penghujungnya. Apapun setiap apa yang ditempuh hari ini harus dijadikan panduan dan seeloknya dicatatkan didalam satu diari agar yg baik dapat dijadikan teladan dan yang buruk dapat dijadikan sempadan.

Mencatat satu diari tidak semestinya membawa maksud kita perlu menulis tiap perkara yang kita lalui dalam sebuah buku kerana tanpa kita sedari, Allah telah mengurniakan kita sebuah diari terbaik pada setiap individu iaitu akal dan fikiran. Malangnya, ianya sering tidak digunakan dengan bijak oleh kita sehingga kita berulang-ulang melakukan kesilapan yang sama dari hari ke hari. Akal dan fikiran amat bijak hingga jika kita menjuruskanya kepada penipuan, maka tidak mustahil akal dan fikiran mampu mengajar kita untuk menipu dengan jayanya. Jika akal dan fikiran disuruh berfikir untuk ego, memandang rendah pada orang lain, maka akal dengan sendirinya mampu membentuk semua itu pada diri ini dalam beberapa detik sahaja.

Umpamakan kawan-kawan menulis sebuah diari.. tulislah apa sahaja, dan apa yang ditulis itulah akan menjadi segala galanya dan berkekalan jika dibaca satu hari kelak…. Sama seperti akal… tulislah bagaimana kita hendak akal dan fikiran kita berfikir.. maka kekallah ia menjadi sebahagian dalam hidup kita.

Oleh itu gunakanlah akal fikiran kita dengan sebijaknya. Diari Suri Hari akan cuba mencatatkan sesuatu yang mampu mebuatkan kawan kawan semua berfikir agar akal dan fikiran kita terus bergerak berfikir tentang sesuatu yang positif. Setiap peringatan dan perkara baik yang menerjah akal dan fikiran, Insyallah akan pasti membantu kita membentuk akal kita menjadi lebih baik dan bijak.

Semoga blog Suri Hari Ini terus menerjah anda setiap hari dengan sesuatu yang berilmiah untuk kita membentuk satu masyarakat Islam yang beriman, bertaqwa dan bermotivasi dalam mengahdapi kehidupan seharian..Insyallah. Akhir kata selamat datang ke Blog Suri Hari Ini. Ini adalah satu lagi usaha dari pihak Suri dalam menyebarkan ajaran Islam dan kebaikan secara sederhana dan mudah difahami oleh rakan rakan diluar sana.


4 comments:

Penjaga Taman Bunga said...

Salam Suri,

Tahniah atas perasmian blog pada hari ini.Semoga Suri sentiasa menyerikan hidup kami :)

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

yeahhhhh..bukan main ayat tukang kebun..ekekeke..mcm baca berita ajer... congrat la sebab suri dpt bina blog ye..nanti saya tolong promosikan blog ini

Suri said...

Terima kasih Penjaga Taman Bunga dan Faiz @ Fernando kan..macam kenal muka ini di Facebook

Share |
Related Posts with Thumbnails