03 December 2010

Takziah - Al Fatihah

Pihak redaksi ingin mengucapkan Takziah kepada keluarga Allahyarham Puan Norihaini Abdul Rahim atau lebih dikenali sebagai Suri Hari Ini yang telah kembali ke Rahmahtullah pada 27/11/2010. Bagi pihak badan yang beliau wakili, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua yang telah memberi sokongan kepada beliau selama ini.

Semoga kebaikan dan jasa yang beliau curahkan kepada sebahagian anggota masyarakat sebelum ini akan terus bercambah menjadi kebaikan untuk seluruh masyarakat. Insyaallah

bersama kita sedekahkan al-Fatihah kepada arwah.

Nota: berikutan pemergian Allahyarham, blog ini akan ditutup berserta semua identiti berkaitan dengan watak Suri Hari Ini sebagai menghormati Allahyarham.

Sekian
27 October 2010

Gambar Gunung Berapi Merapi Yang Meletus di Indonesia

Bersyukur ke hadrat Illahi kerana bumi Malaysia tidak ditimpa bencana sebegini. Kepada mangsa letusan, semoga mereka sabar dan redha menumpuh dugaan dari Tuhan.

Wallahualam






21 October 2010

Alahai Puteri UMNO dan Kakitangan Kerajaan







Hari ini Suri mahu menyentuh sedikit perihal yang agak sensitif iaitu berkenaan Puteri UMNO dan Kakitangan Kerajaan.

Puteri UMNO

Alahai puteri UMNO. Ketika UMNO dan kerajaan berusaha keras menarik sokongan rakyat terhadap mereka, terdapat banyak pihak mula mempertikankan imej yang dibawa oleh ahli ahli puteri UMNO. Imej terlebih bergaya, melawa dan terlebih yakin dibawa oleh kebanyakan dari mereka kini bukannya mampu meraih sokongan golongan muda, sebaliknya menghakis lagi keyakinan golongan muda kepada UMNO. Ramai yang kini jelak melihat aksi mereka yang boleh dikatakan ‘over’ . Ramai yang bertanya, adakah mereka benar benar faham perjuangan UMNO atau berada disitu sekadar mahu populariti, bergaya dan terasa seperti pemimpin masyarakat mewakili golongan muda. Ketiadaan sikap merendah diri dikalangan mereka selain dari hiruk pikuk dan gelak besar mereka semasa berkumpul jelas merosakkan ciri wanita melayu secara keseluruhan.

Dimana silapnya hingga UMNO terlalu menonjolkan imej Puteri UMNO sehingga imej Pemuda UMNO sendiri kelihatan makin tenggelam. Malah kuwujudan putera UMNO sendiri tidak begitu diiktiraf oleh UMNO dan kelihatan seperti melalak sendirian tanpa dipedulikan banyak pihak.

Hakikatnya sukar untuk majoriti golongan muda mendekati dan menerima cara Puteri Umno hari ini. Mereka kelihatan seperti membentuk satu golongan elit dikalangan mereka dan dalam masa yang sama sibuk menjerit sana sini hingga lupa kesopanan dan tatasusila sebagai perempuan Melayu. Sebab itu lah dikatakan, jika Puteri Umno dibiarkan terus hanyut dgn imej mereka hari ini, maka secara tidak sedar, ianya bakal menjadi barah pada UMNO itu sendiri.

Ohhhh Kakitangan Kerajaan

Diberi betis mahukan peha. Itulah komen ramai pihak tentang sikap kakitangan kerajaan yang khabarnya tidak berpuas hati dengan keputusan kerajaan tidak memberi mereka sebulan bonus pada belanjawan baru baru ini. Ketika orang ramai masih mempertikaikan kualiti kakitangan kerajaan, cerita cerita negatif dari kalangan orang luar yang pernah berurusan rasmi dengan mereka juga menambahkan lagi rencah buruk tentang sikap pegawai pegawai kerajaan. Pemalas, hanya mementing kuasa, ego dan merasa diri amat berkuasa bila berurusan dengan orang luar dalam urusan rasmi menjadi penanda sikap orang kerajaan.

Sikap seperti mesti pergi kursus di hotel mewah, dilimpahi hiburan daripada orang luar demi sesuatu projek dan banyak lagi membuatkan ramai tertanya tanya apa fungsi mereka sebenarnya. Adakah mereka benar benar melaksanakan dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan atau mereka hanya mengambil kesempatan atas kuasa yang diberi untuk keseronokan, kekuasaan dan kekayaan mereka?

Ada beberapa kes jelek melibatkan kakitangan kerajaan apabila terdapat antara mereka yang mengherdik orang luar yang melaksanakan projek mereka dengan ungkapan ‘Gaji anda pun kami bayar kerana tanpa projek dari kerajaan, syarikat anda tidak boleh hidup’ Ungkapan itu jelas melampaui kebijaksanaan pegawai kerajaan kerana tanpa mereka sedar dan berfikir, dari manakah kerajaan mendapat wang untuk memberikan projek kepada syarikat swasta. Siapakah yang membayar gaji siapa hakikatnya. Bukankah gaji kakitangan kerajaan dibayar dari cukai yang dibayar oleh kebanyakan individu yang bekerja di syarikat swasta ketika mereka pula diberi pelbagai pengecualian cukai pabila mendapat gaji umpamanya pengecualian cukai untuk beberapa jenis elaun yang mereka terima.

Mungkin benar, salah satu cara untuk kerajaan hari ini lebih mendapat sokongan rakyat, adalah dengan memperbetulkan imej kakitangan kerajaan itu sendiri. Bukankah nisbah mereka seramai 1.4 juta orang itu terlalu ramai jika melihat dari jumlah rakyat Malaysia berbanding dengan apa yang berlaku di negara lain. Mungkin pandangan sinis jangan lah seorang pekerja disuruh membuat satu skop kerja sahaja di pejabat contohnya hanya menjaga installasi WINDOW pada computer baru. Adakah ada PC yang perlukan proses berkenaan setiap hari? Kerana skop kerja yang terlalu ringan beginilah mungkin menyebabkan mereka punya banyak masa untuk melalak meminta bonus setiap tahun.

RENUNGKAN
Nota: Nota ini tidak berniat mengburukan mana mana pihak sebaliknya lebih bersifat peringatan kepada mereka yang tidak sedar tentang tanggungjawab yangmereka pikul selama ini. Diakui terdapat mereka yang ikhlas dalam perjuangan Puteri UMNO dan juga berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan, namun perhatian harus diberikan pada perkara yang dibangkitkan kerana golongan ini lah yang merosakkan imej Puteri UMNO dan kakitangan kerajaan secara keseluruhannya.

20 October 2010

Cari - Cari Makan - Restoran Sekinchan Ikan Bakar Setia Wangsa














Kepada kawan kawan yang gemar makan, hari ini posting adalah berkenaan satu restoran yang menarik ingin dipaparkan. Restoran berkenaan adalah Restoran Ikan Bakar Sekhincan yang terletak di taman Setiawangsa Kuala Lumpur.
Mengikut komen rakan rakan yang pernah ke sana, makanannya boleh dikatakan sedap cuma ramai juga yang komplen tentang harganya yang agak mahal. tapi setelah dikaji, harga makan disini tidak lah terlalu mahal dan tidak juga terlalu murah. Ianya berada di peringkat sederhana. Contohnya pari bakar berharga RM22-25 seketul dan Sotong bakar berharga lebih kurang RM8-10 seekor.

Terdapat pelbagai menu istimewa disini dan yang yang paling menarik pastinya ikan segar yang boleh dipilih sendiri untuk dibakar dan dimakan dengan air asam yang disediakan. Terdapat juga pilihan untuk makan nasi lemak jika anda tidak mahukan nasi putih. Harga sebungkus nasi lemak adalah RM2.

Jadi terpulang pada 'budget' anda sama ada sesuai atau tidak untuk mencuba masakan disini. Tempatnya agak eksklusif dan selesa. Jadi kalau ada masa, beramailah datang menjamu selera disini.



11 October 2010

10.10.10 - Kemalangan Ngeri di Simpang Ampat Melaka





Pihak Suri mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga mangsa yang terbunuh dalam kemalangan yang berlaku kira kira pada pukul 7.45 petang semalam.

Kepada rakan rakan yang memandu, adalah diingatkan untuk memandu dengan berhati-hati kerana kelajuan boleh membawa maut. Dalam kemalangan yang berlaku ini, sebuah bas ekspress yang dipandu terlalu laju telah terbabas hingga terpelanting ke arah lubuhraya bertentangan dan sekaligus merempuh dan menghempap kenderaan dari arah negeri Sembilan menuju ke Melaka. Untuk makluman sehingga kini, 12 orang telah disahkan terbunuh dalam kemalangan ngeri dan ramai lagi dilaporkan cedera parah

Al-Fatihah

08 October 2010

Surirumah Berkumis

Bersama peredaran zaman hari ini, ramai yang mengakui hari telah wujud ramai kalangan lelaki yang kini telah ditransformasikan menjadi surirumah atau lebih tepat 'house husband'. Budaya ini telah menular dengan giatnya di benua benua barat dan merebak ke sebahagian benua Asia.

Contohnya di United Kingdom; antara negara yang paling maju dan berkuasa didunia, kajian sehingga Februari 2009, negara berkenaan telah merekodkan pertumbuhan hampir 40% dalam tempoh 3 tahun terkebelakang dengan jumlah golongan ini mencecah ratusan ribu orang. benua Asia juga tidak terkecuali hingga negara Korea Selatan baru baru ini melaporkan jumlah lelaki yang menjadi suri rumah nigara berkenaan kini berjumlah sekitar 200 ribu orang.

Mungkin tidak sesuai kita di Malaysia membandingkan negara kita dengan negara barat yang jauh budayanya dari negara ini tapi apa yang berlaku di Korea Selatan yang terkenal dengan sikap lemah lembut kaum wanitanya kini harus diberi perhatian. Persamaan apa yang berlaku di Korea jelas kini mula menjenguh negara kita pula.

Di Korea, punca utama peningkatan mendadak lelaki sebagai suri rumah dikatakan berpunca dari pada penguasaan wanita di bidang pelajaran yakni Universiti. Disana nisbah pelajar lelaki dan wanita adalah 40:60. Jadi hakikatnya ianya lebih rendah berbanding Malaysia yang punya nisbah 30:70 memihak kepada perempuan. Di Korea, penguasaan wanita di sektor kerajaan untuk jawatan professional hanya disekitar 58% berbanding Malaysia 75%.

Statistik-statistik ringkas ini amat mengusarkan sebenarnya kerana mungkin hakikat jumlah lelaki Malaysia hari ini menjadi suri rumah mungkin lebih ramai yang kita ketahui. Namun dari beberapa kajian yang dilakukan, dalam keadaan hari ini, wanita Malaysia masih belum menerima budaya lelaki menjadi suri rumah sebaliknya mereka berada di peringkat pertengahan sebelum menerima budaya pelik ini.

Kajian menunjukan secara kasar:

1. Wanita masih mahu lelaki bekerja walaupun pendapatan & pendidikan lelaki mereka jauh lebih rendah dari diri mereka

2. Wanita mula bergerak mengambil kuasa kuasa lelaki berikutan kelemahan pendidikan dan taraf hidup lelaki mereka

3. lebih ramai lelaki malaysia hari ini tidak malu mempunyai isteri berjawatan dan berpendidikan lebih tinggi dari mereka

4. Lebih ramai lelaki mengambil alih tugasan perempuan di rumah secara rela hati kerana merasakan mereka berada pada tahap lebih rendah dari perempuan.

5. Majoriti perempuan Malaysia yakin lelaki mereka mampu kehilangan kuasa di rumah pada bila bila masa.

Keadaan ini jelas amat mengusarkan. Kini budaya menghantar lelaki duduk dirumah jelas menjadi semakin normal dan rutin. Persekitaran juga menyaksikan ramai lelaki menerima keadaan itu dengan seadanya. Sesungguhnya keadaan ini amat membimbangkan kerana takut takut wanita yang kini ramai menjadi ketua di pejabat, akan membawa jawatan sama ke rumah mereka.

Semoga perkara ini dapat dibendung. Wallahualam.





05 October 2010

Beberapa Minit Yang Penuh Makna



















Manusia hari ini sibuk dengan urusan harian mereka. Ungkapan saya sibuk dan tidak sempat itu dan ini adalah satu ungkapan biasa yang sering kita dengar hari ini. Memang benar masa itu emas, tapi tahukah, penggunaan masa seperti emas bukanlah bermakna setiap saat dari masa itu harus digunakan untuk bekerja sahaja.

Ungkaian masa itu emas hakikatnya turut boleh dikaitkan dengan emas pabila kita mengunakannya untuk sesuatu yang bernilai tinggi seperti berhenti seketika dari membuat kerja rutin untuk berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW. Hakikatnya adalah salah ungkapan masa itu emas membuatkan kita menggunakan setiap masa untuk melakukan kerja rutin kita sahaja tanpa mengunakannya untuk tujuan lain yang lebih rohaniah.

Contohnya:

1. Adakah masa itu emas sehingga kita tidak mampu berhenti walau 5 minit untuk bersolat, berselawat dan berdoa di waktu kerja?

2. Adakah masa itu emas sehingga kita tidak mampu untuk pergi keluar makan tengahari?

3. Adakah masa itu terlalu emas sehingga kita tidak mampu meluangkan 5 minit di waktu pagi dan lima minit lagi di waktu petang untuk bertanya khabar pada ibu/bapa/ suami/isteri/anak/ orang tersayang di luar sana?

4. Terlalu emaskah masa kita sehingga kita tidak boleh meluangkan sedikit masa pun untuk melayan panggilan dari orang lain yang mungkin ingin bertanya khabar kita di waktu kita sibuk bekerja?

5. Terlalu emaskah masa itu jika kerana semua diatas, kita kehilangan nilai rohaniah kita dan juga kehilangan orang yang kita sayangi secara lahiriahnya?

Hakikatnya masa yang kita lalui hari ini dirasakan amat pendek. Ianya bukan kerana tempoh masa itu telah dipendekkan oleh Allah, sebaliknya cara kita mengurus masa itu menjadikan ianya semakin pendek. Selagi setiap masa tidak diselitkan dengan perlakuan rohaniah antara kita dengan Allah dan orang yang kita sayangi, nescaya masa untuk akan menjadi lebih pendek dirasakan dari sehari ke sehari.

Apapun, pabila sampai masanya kita sedar yang kita tersilap dalam menafsirkan emasnya masa, barulah kita termenung memikirkan, betapa banyaknya masa selama ini telah terbuang dan tidak kita gunakan kerana kita telah menafsirkan emasnya masa itu pada jalan yang salah. Contohnya, pabila kita telah kehilangan orang tersayang, ketika itu barulah kita merasakan masa yang sebelumnya ada tidak digunakan untuk keperluan rohaniah bersama orang tersayang itu. Walhal...satu ketika itu, atau mungkin sekarang, luahan "SAYA SIBUK" terus dimainkan dan ianya hanya akan hilang tatkala semua telah terlambat

Renungkan....

04 October 2010

Tanda Tanda Anda Akan Kehilangan Teman Lelaki Anda

Tidak ramai yang tahu hakikat kaum lelaki kerap memberi petanda bahawa dia telah muak, menyampah dan berada diperingkat akhir perhubungannya dengan teman wanitanya. Berikut adalah 'hint' yang harus perempuan beri perhatian pabila ianya terjadi kepada teman lelaki mereka kerana ianya adalah satu penanda yang memerlukan tindak balas segera dari diri anda sebagai perempuan.

1. Mulai jarang menghubungi anda sama ada melalui panggilan telefon atau sms. Penanda paling kuat ialah pabila dia mampu tidak menghubungi anda lebih dari 3 hari berturut turut.

2. Mula kerap mencari kesalahan anda dari sebesar-besar perkara hinggalah ke sekecil kecil perkara. Keadaan ini sering membuatkan seorang perempuan berasa amat buntu menghadapinya.

3. Mula meminta minta dari teman wanitanya untuk membelikannya sesuatu benda sehingga sampai keperingkat seperti memaksa.

4. Jika sebelum ini 'respond'nya terhadap perempuan lain yang cuba mendekatinya agak keras, kini dia mula berlembut dalam soal ini dan kelihatan lebih terbuka, 'sporting' dan gembira dengan keadaan itu. Ia juga mendorong sikap menyembunyikan perkara berkenaan dari teman wanitanya. Jika dia masih sayang, perkara ini akan terus didedahkan untuk pengetahuan teman nya.

5. Mulai tidak kisah tentang aktiviti anda dan apa yang anda lakukan. Anda pada keadaan amat merbahaya pabila dia tidak peduli lagi penglibatan anda dalam perkara yang memungkinkan anda terdedah pada usikan dan cubaan menggoda dari lelaki lain. Anda boleh mengucapkan selamat tinggal kepada teman lelaki anda lebih awal jika dia telah mengizinkan anda keluar secara berduaan dengan lelaki lain tanpa rasa syak wasangka.

6. Mula tidak ceria pabila berjumpa dengan anda dan dia kerap kelihatan letih pabila keluar bersiar siar dengan anda.

7. Paling teruk pabila dia mengabaikan terus semua permintaan anda kerana ianya mengambarkan kobosanan maksimum dirinya pada anda

Dalam mengatasi masalah ini, perempuan kebiasaannya bertindak amat negatif terhadap teman lelakinya dan kebanyakan membiarkan perkara ini sambil menganggap ianya perubahan biasa dan tidak perlu dirisaukan. Hakikatnya penanda penanda diatas mempunyai impak yang besar dalam perhubungan percintaaan secara keseluruhan lebih lebih lagi jika pada ketika dan saat itu ada perempuan lain cuba mendampinginya.

Sebagai panduan, pabila berhadapan dengan situasi ini,segeralah bertindak dengan bijak. Cara paling mudah ialah mengelakan diri dari terus melakukan kesilapan walau sekecil manapun. Anda harus memberi tumpuan lebih kepada teman lelaki anda pada ketika ini bagi mengelakkan perkara menjadi lebih buruk dan pasif.

Seperkara yang perempuan harus sedar, kajian membuktikan betapa dalam percintaan, keberangkalian seorang lelaki berubah hatinya terhadap teman wanitanya adalah 89% lebih tinggi dari perempuan itu sendiri.

Semoga info boleh menjadi panduan buat semua.

Salam



29 September 2010

Lelaki Metroseksual Vs Lelaki Uberseksual

DUIT
Metroseksual
Lelaki metroseksual kebiasaannya banyak menghabiskan wang untukpenampilan serta kecantikan. Penjagaan kulit, makeup, dah susuk tubuhbadan diberikan perhatian lebih. Kadang-kadang mereka sanggup berhabiswang beribu-ribu untuk itu sahaja.


Uberseksual

Lelaki uberseksual lebih menghabiskan wang mereka kepada unsur yangberlainan seperti alat permainan, gajet atau bagi mereka dikalangan ahli perniagaan memikirkan strategi melaburkan wang itu kearahkeuntungan. Bukan mereka tidak menitik beratkan perihal diri, tapi itubukan keutamaan sebenar.





EMOSI
Metroseksual

Mereka yang metroseksual lebih beremosi dan bertindak tanpa usulperiksa. Kalau kelengkapan peribadi tidak lengkap, mereka akan merasatertekan sedikit walaupun yang tiada itu berus gigi dan sabun.

Uberseksual

Uberseksual lebih maskulin. Mereka akan menggunakan fikiran yang bagusuntuk melepaskan emosi. Contohnya, mat rempit. Jikalau mereka rasatertekan mereka akan melepaskan segala emosi dekat jalanraya. Bilaberlaku kemalangan, barulah kita lepaskan emosi itu. Maskulin kan!!

MAJALAH
Metroseksual

Rajin membuat rujukan dan menambahkan bahan bacaan yang berkaitandengan penampilan dan penggayaan diri. 'Up to date' tentang fesyen terkini dah kebiasaannya melihat rancangan yang berbentuk ‘ grooming ‘seperti ‘ Extreme Makeover ‘

Uberseksual
Mereka ini tidak suka merujuk bahan bacaan tapi dari pemerhatian,mengikut kemampuan kewangan serta mendapat idea untuk imej merekadengan merantau.

OBSES
Metroseksual

Mereka sukakan perhatian dan inginkan orang sekeliling melihat akanpenampilan mereka yang hebat itu.

Uberseksual

Lebih sensual dan tidak terlalu obses pada diri sendiri. Mereka tidakperlu orang lain memberitahu mereka ada gaya menarik atau seksi. Itusemua tidak perlu sebenarnya. Mereka lebih pentingkan kewangan diriyang baik.

WANITA
Metroseksual

Mereka mempunyai tabiat melayan wanita dan menghormati mereka dengansama rata. Mereka tidak prejudis dan menganggap wanita sama sepertimereka. Tapi bukan semuanya, ini lebih tertumpu kepada golongan gay.

Uberseksual

Mereka melayan wanita sama seperti mereka melayan lelaki. Tiada perbezaan. Kedua-duanya dianggap sebagai kawan baik. Tapi kadang-kadang, kawan sendiri boleh dijadikan teman istimewa tanpa disedari.

KESEMPURNAAN
Metroseksual

Mereka lebih penuh semangat dalam hal penjagaan diri, kebersihan tubuh,kesihatan diri dan keadaan sekali seperti aku urakan di kelompok money.Semuanya perlu kemas, cantik dan berkonsep.

Uberseksual

Mereka seakan metroseksual tapi lebih kepada pakaian yang simple tapi cantik. Tiada konsep dan mahukan gaya macho.


Lelaki Lombok - Apa Yang Istimewa?

ADA apa pada jejaka Lombok? Hendak dikatakan kacak bergaya, ia agak subjektif. Kalau hendak dibanggakan kerana hartanya, kehidupan mereka di sini pun tidak menentu. Lagak dan gerak-geri lelaki Lombok ini turut diibaratkan sudah diberi betis inginkan paha. Sudah diberi peluang mencari rezeki di sini bagi menampung keluarga di sana, anak gadis tempatan pula yang hendak dibawa lari.


Namun, ada pihak tidak menyalahkan lelaki Lombok semata-mata kerana jika tiada angin masakan pokok bergoyang dan beralih menuding jari bahawa anak gadis tempatan zaman ini amat leka, malah rela dipujuk rayu pendatang asing sehingga nekad meredah laut.


"NASI lemak buah bidara, sayang selasih hamba lurutkan, buang emak buang saudara, kerana kekasih hamba turutkan." Terngiang-ngiang di telinga mengenai pantun empat kerat itu kala menatap satu demi satu kisah gadis tempatan yang sanggup meninggalkan keluarga semata-mata untuk membuktikan cinta sejati kepada pendatang asing terutama dari wilayah Lombok, Indonesia. Pelbagai janji manis dan kisah mengenai kehidupan menarik di pesisiran pantai Lombok dihamburkan hingga menyebabkan gadis tempatan mudah termakan pujukan mereka lalu rela mengharungi pelbagai rintangan untuk hidup bersama di wilayah itu.


Namun, panas yang diharapkan hingga ke petang tidak kesampaian apabila menyaksikan sendiri realiti hidup masyarakat di sana yang majoritinya berteraskan pertanian dengan pendapatan dikatakan RM15 sehari.Lalu, mulalah gadis ini mencari jalan dan berusaha untuk pulang berikutan tidak tahan dengan kedaifan yang melanda diri kerana sudah terbiasa hidup senang di tanah air sendiri.


Justeru, muncul beberapa badan kerajaan yang tampil untuk membantu membawa pulang gadis itu ke pangkuan masing-masing. Malangnya apabila ada segelintir remaja dan wanita tempatan yang tidak menghiraukan laporan media setiap hari mengenai gejala itu, sebaliknya sanggup membutakan mata dan tuli telinga demi mengikut perasaan sendiri.


Diharapkan wanita Malaysia lebih berhati hati dengan pujuk rayu warga asing selepas ini.


Wassalam


23 September 2010

Kuala Lumpur Dicemari - 'Money Boy' Kembali


Kegiatan ‘Money Boy’ atau lelaki yang menawarkan khidmat seks kepada golongan sejenis di sekitar ibu negara masih berleluasa seperti yang dilaporkan oleh Berita Harian semalam apabila mereka kini menjadikan kawasan kaki lima sekitar Jalan Raja Laut untuk ‘memancing’ pelanggan melakukan seks songsang.

Walaupun beberapa tahun lalu kegiatan itu didedahkan media, tetapi golongan itu didapati masih menjalankan kegiatan terkutuk itu. Modus operandi dijalankan ialah Money Boy akan melepak sekitar kaki lima Jalan Raja Laut bermula dari Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) hingga ke kawasan sekitar Bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) antara jam 9 malam dan 2 pagi sambil menunggu kereta yang akan berhenti di kaki tepi jalan.

Golongan itu yang berumur antara 20 hingga 30 tahun akan datang ke kereta yang berhenti di tepi jalan dan menjalankan aktiviti tawar menawar sebelum mereka dibawa ke rumah sendiri atau hotel murah sekitar Kuala Lumpur. Tinjauan selama empat malam mendapati dakwaan orang ramai itu ada kebenarannya apabila kira-kira 20 Money Boy menunggu pelanggan di sekitar Jalan Raja Laut yang lebih dikenali golongan itu sebagai ‘Jurassic Park’.

Dalam menjalankan urus niaga hanya Money Boy yang akan mendekati kenderaan pelanggan selepas mereka percaya kereta yang berhenti di tepi jalan mahu mendapatkan khidmat seks. Money Boy agak licik kerana tidak akan melayan pemandu yang memanggil mereka untuk mendapatkan khidmat seks songsang.Dalam tinjauan itu juga, Money Boy didapati akan menaiki kenderaan yang berhenti di tepi jalan dan akan pulang beberapa jam kemudian. Seorang Money Boy dikatakan mengenakan bayaran RM80 kepada pelangannya dan akan melakukan kegitan seks songsang mereka di hotel murah atau rumah

Dari sumber yang dipercayai, permintaan terhadap Money Boy memang teramat tinggi pada masa ini menyebabkan ramai yang terjerumus ke kancah tidak bertamadun ini. Malah mereka yang menawarkan khidmat ini bukanlah dari golongan yang tidak berpendidikan sahaja malah ada ramai Money Boy terdiri dari kaum lelaki yang bekerja seperti biasa di siang hari dan pelanggannya pula terdiri dari golongan sederhana hingga golongan professional

Mereka dilihat mampu hidup senang lenang dengan kerja mereka itu dan siasatan awal telah mengesahkan mereka ini juga terlibat dalam perkhidmatan gigolo untuk wanita kaya dan professional dan bergerak secara solo dalam melakukan pekerjaan ini.

Semoga perkara ini akan dapat dibenteras oleh pihak berkuasa selepas semua pendedahan ini dibuat.



Nicol David - Ikon Sukan Terbaik Malaysia

Gadis comel ini tidak asing lagi bagi seluruh rakyat Malaysia. Dilahirkan pada 26/08/1983 di Pulau Pinang, beliau telah berjinak dengan sukan squash sejak berumur 5 tahun. Kejohanan antarabangsanya yang pertama ada Bawah 13 tahun di Hong Kong.

Mula menguasai sukan squash dunia apabila memenangi kejohan Kejuaraan Asia dan kejohanan Remaja Dunia ketika berusia 15 tahun dan memenangi kejuaraan itu 2 tahun berturut-turut yang mana pencapaian itu hanya mampu dilakukan oleh seorang pemain squash dunia sebelum itu.

Beliau berhenti seketika dari arena squash pada usia 16 tahun untuk memberi tumpuan pada peperiksaan SPM yang mana beliau turut mencatat keputusan yang cemerlang iaitu 9A.

Rekodnya di Asia amat hebat apabila memenangi kejohan asia sebanyak 5 kali berturut-turut (1998, 2000, 2002,2006, 2008) dan muncul juara dunia termuda pada tahun 2005 dan sekaligus menjadi pemain no 1 dunia pada tahun 2006 dan menjadi orang asia pertama melakukannya untuk selama 3 bulan sebelum melepaskannya semula pada pemain lain.

Kini beliau telah menjadi pemain no1 dunia untuk tempoh selama 5 tahun dan kelihatan masih sukar diatasi oleh pemain seluruh dunia. Hakikatnya pencapaian Nicol (kini Datuk) memang amat membanggakan dan menakjubkan. Kemampuan mencatat kejayan paling baik dalam bidang yang diceburinya dan juga pelajaran harus dijadikan contoh semua remaja di Malaysia. Maka tidak hairan lah kini gelanggang squash di Bukit Jalil dinamakan sempena nama dirinya

Namun, pasti ada satu perkara yang membuatkan kita terkilan pabila berkata tentangnya, iaitu kegagalan persatuan squash dunia membawa sukan ini ke pentas Olimpik. Jika tidak, sudah pasti Malaysia akan berjaya memiliki emas olimpiknya yang pertama melalui Dato Nicol David.


22 September 2010

3 penjenayah Paling Popular Di Malaysia

1. Botak Chin

Penjenayah ini pernah menjadi tajuk besar di Malaysia. Ada masyarakat masa itu mengangap beliau adalah seorang Robin Hood kerana sering mengagihkan hasil rompakannya kepada penduduk miskin setinggan sekitar Kuala Lumpur. Hakikatnya Botak Chin tidak berkepala botak sebalik adalah gabungan perkataan BO TAK CHIN dalam bahasa hokkien membawa maksud Tiada (BO) Kerja (TAK) CHINA (Chin) atau secara ringkasnya 'jobless chinese'

Beliau dihukum gantung sampai mati pada tahun 1981 dan dalam menunggu dirinya digantung ketika di penjara pudu, beliau sempat menikam 2 warden penjara yang menjaganya. Akibat keganasan dirinya dan permintaan nya sendiri untuk segera digantung, pihak penjara pada ketika itu telah membuat keputusan menggunakan tali gantung bersalut plastik yang digunakan sehingga hari ini. Sebelum itu, penjara menggunakan tali gantung bersalut baldu yang ditempah khas di England/Wales


2. P.Khalimuthu a.k.a Bentong Kali

Penjenayah yang amat dikehendaki sekitar awal tahun 90an. Kalimuthu terkenal dengan sikap nya yang suka membunuh orang ramai secara sesuka hati. Puluhan orang awam tidak bersalah menjadi mangsa tanpa sebarang sebab disamping turut terlibat dengan aktiviti dadah dan rompakan. Keganasannya amat melampau hingga beliau masih membunuh orang awam walau ketika polis telah melancarkan operasi seluruh negara untuk menangkapnya yang dikenali sebagai 'Ops Buncit'.

Beliau bergerak aktif sekitar Brickfeilds, Ampang, Damansara dan Melawati. Selepas [pelbagai usaha, kecekapan Kalimuthu menyembunyikan diri selama ini akhirnya terlerai apabila dia melakukan kesilapan denagn keluar dari tempat persembunyian untuk mencari seorang rakan jenayahnya untuk mendapatkan bantuan. Tindakan nya itu menyebabkan polis berjaya mengesan tempat persembunyiannya dan akhir mati ditembak dia sebuah rumah teres dua tingkat di Medan Damansara pada jam 6.30. Maklumat menyatakan beliau ditembak di kepala oleh polis ketika drama tembak menembak di tempat kejadian berlaku.

3. Mat Komando (Ahmad Mohd Arsha)

Mat Komando adalah seorang yang amat rakus melakukan jenayah di Malaysia sekitar tahun 2000-2002. Beliau mengetuai satu kumpulan jenayah yang dikenali sebagai Kumpulan 13. Mat Komando dikatakan seorang yang agak licin dan didakwa mempunyai ilmu kebal dan mampu menghilangkan diri walaupun telah dikepung oleh pihak polis beberapa kali walaupun rakan-rakanya yang lain mati ditembak polis. Kumpulan yang diketuainya telah melakukan lebih 40 rompakan bersenjata di seluruh negara sebelum ditumpaskan.

Mat Komando telah dibunuh dalam satu ops yang dinamakan Ops Api Sawit di Pendang Kedah. Namun tahukah anda, sehingga ke hari ini, Mat Komando kekal menjadi satu satunya penjenayah yang telah merompak Bank BSN dan Pejabat Pos.



14 September 2010

Iktibar Dari Kejadian Menimpa Datuk Sosilawati


Buat masa sekarang, masih ramai yang terkejut dan berasa simpati atas kejadian yang menimpa Datuk Sosilawati. Sesungguhnya kejadian seperti ini amat mendukacitakan kita dan Suri amat berharap hukuman yang setimpal dikenakan pada mereka yang melakukan perbuatan terkutuk ini. Dalam pada itu, diharapkan seluruh keluarga beliau bersabar dalam menempuh dugaan dari Allah SWT.

Buat kita diluar ini, mungkin disebalik kejadian, ada pengajaran dan iktibar yang boleh diambil oleh kita dalam menempuh kehidupan seharian kita. Apa yang paling jelas adalah dari segi kepercayaan kita terhadap orang lain termasuk dikalangan mereka yang kita kenali. Bukanlah bermaksud semua orang tidak boleh kita percayai, namun sikap berhati hati perlu sentiasa wujud kerana di akhir zaman ini, manusia boleh melakukan apa sahaja sesama manusia dan tidak mustahil mereka yang berfikiran seperti binatang ini berada berhampiran kita contohnya di pejabat, jiran kita dan sebagainya.

Pengajaran lain yang dapat kita lihat ialah bagaimana kerana wang boleh membuatkan seseorang itu menjadi tidak waras dan tamak. Kerana wang seseorang itu sanggup membunuh orang lain. Semua ini berlaku kerana sikap sesetengah individu yang terlalu mimikirkan soal wang dan dalam masa yang sama meninggalkan ajaran agama mereka. Tidak kira apa jua agama yang anda anuti, jika pegangan anda itu kukuh, perkara seperti ini tidak akan berlaku kerana tiada satu pun agama di muka bumi yang mengajar penganutnya untuk berbunuhan sesama manusia.

Akhir sekali, Suri tetap ingin merakamkan ucapan penghargaan buat PDRM kerana berjaya menyelesaikan perkara ini dalam tempoh yang singkat. Semoga keberkesanan seperti ini turut dapat diguna pakai untuk semua kes – kes jenayah di tanah air kita tanpa mengira status mangsa sama ada seorang Dato, selebriti dan sebagainya.

Wassalam


P/S : Polis masih mengumumkan secara rasmi hasil Ujian DNA ketika artikel ini ditulis. Bersama lah kita berdoa untuk rakan sesama Islam agar segalanya dapat diselesai dengan segera. Jika benar beliau dan rakan rakan nya telah mati dibunuh, bersamalah kita mendoakan agar roh mereka yang terlibat dicucuri rahmat oleh Allah SWT.


Kelebihan Puasa Sunat 6 Hari Bulan Syawal

Setelah selesai kita berpuasa sebulan di bulan Ramadan, hari ini kita menyambut Hari Raya Aidilfitri. Pada hari raya kedua, ramai juga yang mula berpuasa sunat Syawal.

Mari kita lihat apa kelebihan puasa sunat 6 hari Bulan Syawal:

Kesempurnaan ibadat seseorang Islam bukan sekadar terletak kepada amalan-amalan fardhu yang diwajibkan oleh Allah S.W.T., malah ia turut ditampung oleh amalan-amalan sunat di dalam memperindahkan lagi mutu ibadat yang dilakukan.


Seumpama solat yang menjadi amalan terawal dihisab di Padang Mahsyar kelak, dinilai terlebih dahulu akan solat wajib yang dilakukan, dan jika terdapat kekurangan, ia akan dilihat melalui amalan solat sunat bagi menampung mana-mana kekurangan solat fardhu. Begitu juga amalan berpuasa. Kecantikan puasa wajib Ramadhan jika ditambah dengan puasa-puasa sunat adalah terlebih indah dan baik daripada hanya bergantung kepada puasa Ramadhan semata-mata.


Terdapat banyak jenis puasa-puasa sunat yang boleh dilaksanakan seperti berpuasa sunat hari Isnin dan Khamis, puasa 10 Muharram, puasa tiga hari dalam sebulan dan puasa enam hari di bulan Syawal.


Menjadi kebiasaan kepada orang-orang Islam di Malaysia berpuasa sunat selama enam hari di bulan Syawal selepas mereka menamatkan puasa sebulan Ramadhan kerana meyakini ganjaran dan pahala yang akan dikurniakan oleh Allah S.W.T.


Abu Ayyub al-Ansari ada meriwayatkan satu hadith daripada Rasulallah s.a.w. di dalam menerangkan tentang kelebihan puasa enam Syawal yang maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan, kemudian diikutinya puasa enam hari Syawal samalah seperti dia berpuasa sepanjang tahun” ( Dikeluarkan oleh Imam Muslim di dalam sahihnya, juga dikeluarkan oleh sekalian ramai ulama hadith seperti al-Tirmizi, al-Nasaie dan Ibn. Majah ). Imam al-Syafie menjelaskan bahawa hadith ini adalah hadith sahih.


Imam al-Tabrani pula ada mengeluarkan di dalam susunan hadithnya yang turut berkaitan dengan fadhilat puasa enam Syawal maksudnya “sesiapa yang berpuasa Ramadhan dan diikuti kemudiannya puasa enam hari dalam bulan Syawal, keluarlah dari dirinya segala dosa seperti hari dia dilahirkan oleh ibunya”


Terdapat beberapa persoalan tentang perlaksanaan puasa enam Syawal adakah terus langsung dilaksanakan selepas hari raya pertama dan dibuat secara berturut-turut atau boleh dilakukan pada bila-bila masa sepanjang Syawal sama ada secara berturut-turut atau sebaliknya.

Pendapat di dalam mazhab Syafie menyebut bahawa yang terlebih afdhal di dalam perlaksanaannya ialah sejurus selepas hari raya pertama dan dilakukan enam hari berturut-turut.


Ini tidak pula bermakna, jika seseorang itu melaksanakan secara terputus-putus (tidak berturutan) atau dilakukan pada pertengahan atau akhir Syawal dianggap satu kesalahan atau tidak mendapat pahala, malah semuanya diterima Allah dan dikira sebagai satu ibadah juga.

Perlu difahami bahawa yang dimaksudkan dengan puasa sepanjang tahun itu bukan terletak kepada puasa 6 hari Syawal dengan meninggalkan puasa Ramadhan, tetapi kelebihan puasa setahun itu diperolehi setelah dilengkapkan puasa Ramadhan dan disambung dengan puasa Syawal.


Imam al-Nawawi di dalam kitab Syarah Sahih Muslim ada menyebut kewajaran pahala diberikan seumpama puasa setahun kepada mereka yang berpuasa 6 Syawal. Merujuk kepada satu hadith Rasulullah s.a.w. yang bermaksud “Setiap satu amalan kebajikan itu digandakan pahalanya sebanyak 10 kali ganda”.


Ini bermakna bahawa puasa sehari dalam bulan Ramadhan samalah seperti puasa sepuluh kali, dan jika sebulan Ramadhan itu gandaan pahalanya seumpama puasa 10 bulan kerana ianya adalah sepuluh kali ganda. Manakala puasa sehari bulan Syawal seumpama 10 kali puasa dan 6 hari menyamai 60 hari iaitu 2 bulan. Maka jika ditambah 10 bulan dengan 2 bulan samalah seperti puasa setahun.

Apakah hukumnya jika seseorang itu berniat untuk qadha puasanya dan dibuat 6 hari dalam Syawal adakah akan mendapat pahala puasa 6 Syawal?


Syeikh al-Marhum Atiyyah Saqar (salah seorang ulama terkenal al-Azhar) di dalam kitab himpunan fatwanya ada menyebut bahawa hukumnya dibolehkan kepada seseorang untuk qadha puasanya dan ditunaikan 6 hari dalam bulan Syawal dengan niat qadha, maka terhasillah baginya pahala qadha dan pahala puasa 6 Syawal. Tetapi yang lebih afdhal ialah diasingkan antara puasa qadha dan puasa 6 Syawal kerana puasa qadha itu hukumnya wajib dan puasa Syawal itu hukumnya sunat, maka adalah lebih baik tidak disatukan niat kerana antara yang sunat dan wajib itu tidak boleh disatukan.


Para ulama mazhab Syafie menyebut bahawa pahala puasa 6 Syawal itu akan terhasil juga apabila seseorang itu melakukan puasa qadha selama 6 hari walaupun niatnya adalah qadha dan bukan niat puasa 6 Syawal, tetapi pahalanyanya untuk puasa 6 Syawal itu kurang sedikit. Ini menurut kata-kata Imam al-saya’rawi “Jika seseorang itu berpuasa di dalam bulan Syawal sebagai qadha daripada puasa Ramadhan atau puasa nazar atau lain-lain puasa sunat, maka akan diperolehi pahala sunat Syawal itu kerana terlaksananya puasa 6 hari dalam bulan Syawal tetapi kesempurnaan pahala tidak diperolehi sepenuhnnya melainkan jika diniatkan untuk puasa sunat 6 hari bulan Syawal”.


Sebagai kesimpulannya, adalah terlebih baik jika puasa sunat 6 Syawal dibuat berasingan dengan puasa lain sama ada qadha, nazar, kaffarah ataupun puasa sunat yang lain. Selesaikan dahulu 6 hari puasa qadha dan ditambah kemudiannya dengan niat puasa 6 Syawal. Ini akan lebih menyeragamkan amal ibadat yang dilakukan agar tidak bercampur aduk antara satu sama lain.


Antara hikmat disyariatkan puasa 6 hari bulan Syawal ialah sebagai satu latihan kepada orang-orang Islam bahawa amal ibadat itu bukan terletak pada bulan-bulan tertentu seperti Ramadhan bahkan amalan itu perlu konsisten untuk sepanjang kehidupan manusia.


Ia juga sebagai satu cabaran kepada orang-orang Islam supaya tidak menjadikan Syawal itu bulan bergembira semata-mata dan jika puasa itu dilakukan seawal mungkin di permulaan Syawal, ini akan menjadikan seseorang manusia itu benar-benar ingin menyahut seruan dari Allah untuk terus beribadat secara istiqamah dan berpanjangan.


Wassalam


02 September 2010

Bagaimana Saat Kematian Yang Akan Kita Lalui

Dikisahkan ketika Allah mencipta Al-Maut (kematian) dan menyerahkan kepada Izrail, maka berkata malaikat Izrail, “Wahai Tuhanku, apakah Al-Maut itu?”. Maka Allah menyingkap rahsia Al-Maut itu dan memerintah seluruh malaikat menyaksikannya. Setelah seluruh malaikat menyaksikannya Al-Maut itu, maka tersungkurlah semuanya dalam keadaan pengsan selama seribu tahun. Setelah para malaikat sedar kembali, bertanyalah mereka, “Ya Tuhan kami, adakah makhluk yang lebih besar dari ini?” Kemudian Allah SWT berfirman: “Akulah yang menciptakannya dan Akulah yang lebih agung daripadanya. Seluruh makhluk akan merasakan Al-Maut itu”.

Kemudian Allah memerintahkan Izrail mengambil Al-Maut. Walau bagaimanapun, Izrail khuatir jika tidak terdaya untuk mengambilnya sedangkan Al-Maut lebih agung daripadanya. Kemudian Allah memberikannya kekuatan, sehinggalah Al-Maut itu menetap di tangannya. Malaikat Izrail diberi kemampuan yang luar biasa oleh Allah hingga barat dan timur dapat dijangkau dengan mudah olehnya.

100 hari sebelum kematian – Ini adalah tanda pertama dari Allah kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka-mereka yang dikehendakinya. Walau bagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil.

40 hari sebelum kematian – Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arasy Allah. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih akan merasakan seakan-akan bingung seketika.

7 hari sebelum kematian – Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba- tiba ianya berselera untuk makan.

3 hari sebelum kematian – Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

1 hari sebelum kematian – Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasanubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Hari kematian – Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula.

Baginda Rasullullah S.A.W bersabda, “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut. Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu”.

Sambung Rasullullah S.A.W. lagi, “Kalau orang yang nazak itu orang yang beriman, maka malaikat Jibrail akan menebarkan sayapnya yang disebelah kanan sehingga orang yang nazak itu dapat melihat kedudukannya di syurga. Apabila orang yang beriman itu melihat syurga, maka dia akan lupa kepada orang yang berada disekelilinginya. Ini adalah kerana sangat rindunya pada syurga dan melihat terus pandangannya kepada sayap Jibrail. Kalau orang yang nazak itu orang munafik, maka Jibrail akan menebarkan sayap disebelah kiri. Maka orang yang nazak tu dapat melihat kedudukannya di neraka dan dalam masa itu orang itu tidak lagi melihat orang disekelilinginya. Ini adalah kerana terlalu takutnya apabila melihat neraka yang akan menjadi tempat tinggalnya”.

Sama-sama kita renungkan.

01 September 2010

Pelajar Lelaki Pupus di IPTA?

KE MANA perginya pelajar lelaki? Pertanyaan ini memang kerap dilontarkan setiap kali semester baru bermula di Universiti Awam. Soalan ini tidak dapat dielakkan kerana senario beginilah yang menangkap perhatian semua sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Umumnya, daripada sejumlah 30 pelajar di dalam sesebuah kelas misalnya, yang pasti 70 peratus pelajar perempuan dan selebihnya lelaki, malah ada ketikanya tiada pelajar lelaki langsung? Dengan nada sinis dan nakal segelintir pelajar perempuan yang mendominasi bilangan pelajar dalam kelas pantas menjawab bahawa lelaki lebih bertumpu di pusat serenti. Namun, adakah itu jawapan sebenarnya. Mungkin ada sedikit kebenarannya justeru lelaki memang majoriti di sana.

Beberapa orang pelajar lelaki yang berat untuk bersetuju dengan pandangan nakal ini melahirkan rasa bosan dan tidak begitu selesa dengan sistem pendidikan negara yang didakwanya tidak praktikal. Sistem persekolahan bermula dari sekolah rendah yang disogokkan dengan 'belajar setakat hendak lulus periksa" selain daripada pembelajaran yang lebih tertumpu kepada membaca dan hafal dilihat tidak relevan dan tidak memenuhi minat mereka. Kaedah pembelajaran lelaki sebenarnya lebih menjurus kepada hands on dan tidak setakat membaca dan menghafal yang seterusnya dimuntahkan dalam kertas jawapan peperiksaan. Selepas
itu, dalam banyak keadaan apa yang dipelajari selama empat tahun di universiti sebenarnya tidak membantu langsung dalam pemilihan dan perkembangan kerjaya mereka.

Justeru itu, kebanyakan penuntut lelaki mencari jalan keluar dengan memilih bidang pekerjaan atau melanjutkan pengajian di institusi lain seperti Institut Kemahiran, Institut Latihan Perindustrian (ILP), politeknik dan sebagainya. Ini disokong oleh fakta bahawa bilangan
pelajar lelaki yang mengikuti pengajian vokasional atau teknikal di Politeknik dan Kolej Komuniti mewakili 60 peratus. Menyedari keadaan ini, Kementerian Pengajian Tinggi sepatutnya membina lebih banyak institusi serupa ini agar dapat memenuhi keperluan pelajar lelaki. Bagaimanapun, ini tentunya berbeza dengan pelajar perempuan yang kelihatannya lebih berminat serta tekun untuk membaca dan menghafal segala fakta dan teori yang terkandung dalam buku teks.
Walaupun dianggap kes terpencil, namun pelajar yang hebat dalam akademik tidak dinafikan banyak yang gagal dalam mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam dunia pekerjaan sebenar. Kaedah pembelajaran "kakaktua" ini bukanlah sesuai lagi dalam keadaan sekarang.

Apabila isu kekurangan penuntut lelaki di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) ini ditimbulkan sekali lagi berkenaan jurang perbezaan yang semakin melebar memang sudah dijangka kerana sejak tempoh lima tahun lalu, dominasi penuntut perempuan di IPTA memang sudah ketara. Cuma apa yang lebih mengejutkan kini ialah trend penguasaan pelajar lelaki dalam bidang teknikal termasuk kejuruteraan di universiti awam kian merosot tetapi didominasi pula oleh pelajar perempuan. Fenomena fakta bahawa bilangan lelaki yang memang lebih sedikit berbanding perempuan di negara ini sekarang walaupun boleh diterima sebagai sebahagian daripada penyumbang kepada fenomena ini, faktor- faktor lain yang berkait rapat sewajarnya dikenal pasti dan seterusnya ditangani.

Meletakkan pelajar lelaki dalam kelompok yang bermasalah sosial tentunya tidak adil justeru bilangan mereka yang terbabit dalam jenayah dan penagihan dadah begitu kecil jika dibandingkan dengan penduduk negara ini yang berjumlah 26 juta orang. Masalah keluarga yang kurang berkemampuan untuk membiayai pengajian universiti selain daripada tekad pelajar lelaki yang lebih cenderung untuk mencari pekerjaan bagi menanggung adik beradik yang lain juga turut menyumbang kepada keadaan ini. Pandangan sebahagian besar ibu bapa bahawa anak perempuan wajar mempunyai kerjaya yang boleh memperuntukkan lebih masa dengan keluarga juga turut menyumbang kepada jurang perbezaan ini. Justeru itu anak-anak perempuan digalakkan untuk memilih bidang yang bersifat akademik dan tidak menghairankan jumlah mereka terus meningkat di universiti.

Malah ada pandangan yang menyatakan sistem meritokerasi yang di amalkan sejak beberapa tahun lalu menjadi punca kepada jurang yang semakin melebar ini. Walaupun ada saranan supaya sistem kuota digunapakai bagi membendung fenomena ini, namun ia bukanlah langkah terbaik. Membenarkan pelajar lelaki masuk ke IPTA atas alasan menyempitkan jurang dengan mengorbankan aspek kualti dan minat hanya akan meruntuhkan imej universiti sebagai penjana graduan cemerlang dan berkualiti. Kecemerlangan pelajar perempuan seharusnya menyuntik semangat kepada pelajar lelaki untuk bersaing secara sihat, bukan mempertikaikan pemilihan jumlah pelajar perempuan yang ramai di IPTA. Persaingan secara sihat untuk mendapat tempat di mana-mana IPT harus diteruskan kalau kita mahu melahirkan modal insan yang benar-benar
cemerlang.

Namun begitu apa yang digusarkan ialah masalah ini jika dibiarkan berlarutan bakal melahirkan masalah ketidakseimbangan dari segi pekerjaan pula. Ramai lelaki mungkin terpaksa menjadi suri rumah pada masa depan jika fenomena pelajar perempuan menguasai IPT terus berlaku. Suka tidak suka dan mahu tidak mahu satu hari nanti wanita yang berkerjaya tinggi akan berkahwin dengan mana-mana lelaki yang lebih rendah taraf kerjayanya hatta termasuk mereka yang tidak bekerja. Akhirnya, akan berlaku fenomena lelaki duduk di rumah menjaga anak dan rumah tangga manakala wanita keluar bekerja. Fenomena ini telah pun berlaku sekarang walaupun kelihatannya tidak manis dan menyalahi adat. Kalau tidak pun bilangan wanita yang berjawatan tinggi akan semakin ramai kekal bujang kerana tidak menemui lelaki yang setaraf dengan mereka dan fenomena ini sedang berlaku dengan pesatnya

Renungkanlah...semoga ada yang mula berfikir mengenai keadaan ini dan mampu bertindak untuk melakukan sesuatu

Menghayati Idulfitri

Bismillah, Walhamdulillah Wassalatu Wassalamu
`Ala Rasulillah, Wa’ala Aalihie Wasahbihie Waman Walaah

Setelah umat Islam berusaha selama sebulan penuh di bulan Ramadhan mengekang nafsu dari melakukan perkara yang ditegah semasa menunaikan ibadah puasa sama ada yang haram atau yang harus di lakukan di luar puasa, sudah setentunya kita bergembira serta bersyukur dengan kedatangan 1 Syawal iaitu hari kemenangan bagi mereka yang benar-benar menghayati Ramadhan.

Sememangnya telah menjadi tradisi bagi masyarakat kita sambutan Idulfitri ini lebih meriah dari hari-hari kebesaran Islam yang lain umpamanya Idul Adhha, yang juga salah satu perayaan yang besar dalam agama kita. Berlainan halnya dengan masyarakat Islam lain seperti di Timur Tengah, bagi mereka Hari Raya Adhha lebih dimeriahkan dan mendapat perhatian dari Idulfitri.

Ketetapan awal Syawwal bagi negara kita adalah berpandukan penglihatan anak bulan. Jika ia berhasil dilihat maka awal Syawal jatuh pada hari tersebut dan kita diharamkan berpuasa pada siang hari esok. Sebaliknya jika anak bulan Syawal tidak kelihatan maka kita wajib meneruskan puasa pada esok hari. Ketentuan ini perlu difahami oleh kaum muslimin khasnya di negara kita. Ada segelintir masyarakat kita jika tidak kelihatan anak bulan Syawal maka mereka tidak akan berpuasa pada esoknya. Di antara alasan mereka ialah berpandukan negara lain yang sudah jatuh bulan Syawwal. Perkara ini sebenarnya tidak tepat menurut hukum syara’oleh itu ikutilah keputusan pihak yang berwajib di negara kita mengenai hal ini.

Idulfitri sebagai hari yang berkat dan hari yang hanya terkhusus bagi kaum muslimin dan juga merupakan satu syiar maka ada cara dan adabnya yang tersendiri yang perlu diikuti sepertimana yang telah digarispandukan oleh syara’.

Di negara kita khususnya sebaik saja diumumkan bahawa hari raya telah jatuh pada malam tersebut sejurus itulah kedengaran bunyi-bunyi mercun yang dipasang bagi meyemarakkan musim perayaan ini. Pada kebiasaannya perkara ini dilakukan oleh golongan muda dan kanak-kanak. Di samping itu juga lagu-lagu hiburan yang bermacam-macam terus berkumandang diikuti dengan pesta-pesta sehingga beberapa hari untuk memeriahkan lagi suasana sambutan hari raya.

Perkara ini adalah satu perkara yang bertentangan dengan kehendak syara’ dan bercanggah dengan sunnah Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang perlu diperbetulkan. Sama ada sedar atau tidak, pada hakikatnya dengan melakukan perkara sedemikian kita seolah-olah meniru sesuatu kaum atau agama lain bagaimana cara mereka merayakan hari kebesaran atau perayaan mereka. Walhal umat Islam sangat dilarang dari meniru dan mengikut-ikut itu.

Padahal di dalam Islam itu sudah ada diperjelaskan di dalam kitab-kitab fiqah bagaimana cara menyambut hari raya seumpama ini.

Apabila sahaja diumumkan bahawa anak bulan Syawwal telah sabit dilihat umat Islam disunatkan untuk melaungkan takbir. Hukum sunat ini berlarutan sehinggalah imam mengangkat takbiratul ihram untuk menunaikan sembahyang hari raya. Walau bagaimanapun menurut pendapat yang ashah bahawasanya takbir Idulfitri itu tidak disunatkan sebaik sahaja selesai menunaikan sembahyang.(Kitab Hasyiyatan, 1:357) Ini berbeza dengan takbir bagi Hari Raya Adhha di mana ia disunatkan setiap kali selepas menunaikan sembahyang dan berterusan sehingga selepas menunaikan sembahyang Ashar pada hari Tasyriq yang terakhir.

Takbir pada hari ini disyariatkan bukan sahaja semata-mata untuk memeriahkan suasana hari raya bahkan lebih dari itu ialah merupakan lambang kesyukuran kita kepada Allah Subhanahu wa Ta‘ala dengan anugerah yang dikurniakanNya dan ianya juga adalah merupakan perkara ibadah.

Mereka yang menghidupkan malam ini akan diberi ganjaran pahala oleh Allah Subhanahu wa Ta‘ala kerana malam Idulfitri adalah di antara malam-malam yang sunat dihidupkan dan di takmirkan selain dari malam-malam Idul Adhha, awal Rejab dan Jumu‘ah kerana di dalamnya adalah saat dan ketika dikabulkan doa.

Al-Syaikh Qulyubiy di dalam kitab Hasyiyatan telah menyebutkan bahawa sunat hukumnya menghidupkan malam Idulfitri ini dan malam Idul Adhha dengan berzikir, mengerjakan sembahyang terutama sembahyang sunat Tasbih. Adalah memadai menghidupkan malam ini pada sebahagian besarnya dan sekurang-kurangnya ialah dengan menunaikan sembahyang Isya’ berjemaah serta berazam untuk menunaikan sembahyang Subuh.

(Kitab Hasyiyata Qalyubiy wa Umairah1:359)

Pada pagi Idulfitri pula disunatkan mandi iaitu berniat kerana kedatangan Idulfitri bukannya sahaja membersihkan diri tanpa disertai niat. Perkara sunat mandi ini bersumberkan hadis yang ditakhrijkan oleh Ibnu Majah bahawa Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukan mandi pada Hari Raya Fitrah dan Hari Raya Adhha.

Di samping itu adalah sunat memakai bau-baun yang harum, membersihkan diri dengan bergunting rambut, memotong kuku dan menanggalkan bau yang tidak sedap. Sunat juga memakai pakaian yang paling elok dari pakaian-pakaian yang dia ada dan yang paling afdhal ialah warna putih serta memakai serban. Perkara-perkara sunat ini hanya khusus bagi kaum lelaki. Manakala itu perempuan-perempuan cantik dan yang berkedudukan adalah makruh hukummnya bagi mereka datang ke masjid. Berbeza dengan perempuan tua mereka adalah disunatkan bersama-sama pergi ke masjid tanpa memakai haruman dan sebagainya. (Kitab Al-Raudhah 2:7)

Inilah pendapat mazhab Syafi‘ie tentang perempuan pergi ke masjid. Walaupun di sana ada hadis menganjurkan perempuan untuk sama-sama hadir ke masjid di hari raya ini, tetapi dalam mazhab Syafi‘ie anjuran itu adalah untuk perempuan-perempuan yang sudah tua.

Idulfitri yang juga sebagai menandakan tamatnya tempoh berpuasa, maka disunatkan sebelum pergi ke mesjid untuk menunaikan sembahyang hari raya memakan buah kurma dengan bilangan yang ganjil. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Shallallahu ‘alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Imam Al-Bukhari daripada Anas katanya yang maksudnya :

“Adapun Rasulullahu Shallallhu ‘alaihi wasallam tidak keluar (untuk bersembahyang sunat hari raya) pada hari raya Fitrah sehinggalah baginda makan beberapa biji kurma.”

Menurut riwayat daripada Anas lagi bahawa Baginda memakannya dengan bilangan yang ganjil.

Di dalam kitab Nailul Awthar An-Nakh‘ie ada menyatakan bahawa d

iantara hikmah disunatkan memakan kurma (tamar) itu ialah dengan manis buah tamar itu dapat menguatkan penglihatan yang mana telah berkurangan disebabkan puasa dan juga di antaranya boleh melembutkan hati dan ia adalah yang paling mudah dari yang selainnya. Oleh itu sebahagian dari At-Tabi‘ien menganggap sunat berbuka dengan benda-benda yang manis seperti madu.

Sementara itu di antara hikmah memakannya dengan bilangan yang ganjil telah berkata Al-Mahlab bahawa

perkara itu ialah isyarat kepada keesaan Allah Ta‘ala dan juga adapun Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam melakukannya di dalam semua urusan Baginda sebagai jalan bertabarruk dengan demikian itu.
(Fathul Bariy,3:122)

Menunaikan sembahyang sunat Hari Raya pula adalah perkara yang paling penting dan utama bagi menyambut Hari Raya ini dari perkara-perkara sunat yang lain di dalam merayakan hari raya ini sebagaimana yang di jelaskan oleh pengarang kitab Fathul Bariy. Hal ini bersandarkan kepada hadis Baginda Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam yang maksudnya :

“Sesungguhnya yang awal-awal sekali kita mulakan pada hari ini (hari raya) ialah bersembahyang”

(Hadis riwayat Al-Bukhariy)

Oleh yang demkian itu perlulah dipastikan semua orang Islam menunaikan sembahyang Idulfitri ini. Bagi mereka yang tidak berkesempatan menunaikannya di masjid atas urusan-urusan tertentu mereka juga boleh menunaikannya secara bersendirian di rumah atau lainnya menurut pendapat al-mazhab di dalam kitab-kitab Syafi‘ieyah





Share |
Related Posts with Thumbnails